Pages

Sunday, June 12, 2011

Tinjauan: Satu dalam enam siswa Aust pernah dirogol

SYDNEY: Sekitar satu dalam enam pelajar wanita universiti Australia pernah dirogol dan ramai lagi yang diserang atau diganggu secara seksual, menurut satu tinjauan yang dikeluarkan semalam.Dapatan terkandung dalam tinjauan Kesatuan Pelajar Kebangsaan ke atas lebih 1,500 pelajar wanita di universiti di negara itu.Ia mendapati bahawa 17 peratus daripada responden pernah dirogol dan 12 peratus pernah mengalami pengalaman percubaan merogol, walaupun serangan-serangan itu tidak semestinya berlaku ketika mereka di universiti.

Pegawai wanita kesatuan itu, Cik Courtney Sloane, berkata tinjauan dalam talian itu menunjukkan kejadian keganasan terhadap wanita adalah tinggi.Wanita di universiti adalah daripada kumpulan sosial kelas pertengahan dan kelas pertengahan lebih tinggi dan tinjauan ini menunjukkan mereka pernah mengalami serangan seksual, gangguan dan kelakuan keterlaluan seseorang,' kata beliau kepada akhbar Sydney Morning Herald.
Kajian itu mendapati 67 peratus daripada responden telah melalui pengalaman seksual yang tidak diingini, dengan 31 peratus berkata mereka pernah mengadakan hubungan seks walaupun mereka tidak mengizinkannya.Sekitar 17 peratus yang menjalani tinjauan antara September tahun lalu dan Mac lalu itu berkata mereka pernah mengalami kelakuan keterlaluan daripada seseorang seperti yang dilakukan seorang pemburu wanita.Dalam kebanyakan kes serangan seksual (atau 56 peratus), pesalahnya adalah rakan atau kenalan, dan dalam 22 peratus daripada kes, mangsa kenal penyerangnya secara dekat, lapor tinjauan itu. -- AFP.Cyberita Online Luar Negara

No comments: