Pages

Sunday, June 12, 2011

Saudi tahan 6 wanita pandu kereta

RIYADH 10 Jun - Pihak berkuasa Arab Saudi menahan enam orang wanita semalam yang memandu kereta di ibu negara bagi mencabar undang- undang yang hanya membenarkan lelaki sahaja untuk memandu di negara itu.
Arab Saudi tidak mempunyai undang-undang rasmi yang mengatakan wanita dilarang untuk memandu tetapi lesen memandu hanya dikeluarkan kepada lelaki sahaja.
Protes terhadap pemisahan yang menyebabkan wanita seakan tiada hak dalam masyarakat itu telah dibangkitkan oleh media apabila dua orang wanita yang memandu kereta ditahan bulan lalu.
Wakil wanita yang ditahan itu, Rasha Al-Duwaisy berkata, kumpulan itu mengandungi wanita berusia antara 21 dan 30 tahun dan mereka telah berjumpa di Riyadh semalam untuk saling mengajar bagaimana untuk memandu kereta.
Mereka dibawa ke balai polis dengan segera dan diarahkan untuk meminta penjaga lelaki mereka untuk membebaskan mereka.
"Ini bukan pertama kali kami melakukan semua ini. Ia adalah hak saya untuk memandu dan mengetahui cara memandu.
"Saya berdepan dengan kesusahan kerana saya tidak boleh memandu dan terpaksa bergantung kepada pemandu yang dikongsi bersama empat orang lagi," katanya.
Kebanyakan keluarga di Arab Saudi mempunyai sekurang-kurangnya seorang pemandu yang diberi upah sebanyak AS$533 (RM1900) setiap bulan. - Reuters
Utusan Malaysia Online - Luar Negara

No comments: