Pages

Saturday, June 4, 2011

Bush, Cheney antara 5 orang paling jahat di dunia


RUSSELLVILLE (Arkansas): Sebuah buku tahunan sekolah menyenaraikan bekas Presiden George W Bush dan bekas Naib Presiden, Dick Cheney antara ‘lima orang paling jahat’ sepanjang zaman, di samping Adolf Hitler, Osama bin Laden dan Charles Manson.
Senarai yang terkandung dalam buku tahunan untuk pelajar Sekolah Menengah Russellville itu mencetuskan kemarahan ibu bapa dan kakitangan sekolah.

Pihak sekolah terpaksa menampal pita hitam untuk menutup senarai berkenaan sebagai jalan akhir tetapi ia masih gagal meredakan kemarahan ibu bapa.
Dalam senarai itu, pemimpin Nazi, Adolf Hitler berada di tempat teratas, diikuti rapat oleh bekas pemimpin al-Qaeda, Osama Bin Laden yang dibunuh di Pakistan oleh tentera Amerika Syarikat bulan lalu.

Yang ketiga ialah pembunuh bersiri terkenal, Charles Manson dan diikuti oleh George W Bush di tempat keempat serta Dick Cheney di belakangnya.

“Masalah kami ialah pita itu boleh ditanggalkan dengan mudah,” kata anggota Lembaga Pengarah Sekolah, Chris Cloud.-k

“Saya kecewa dengan kesilapan itu,” katanya.

Menurut kakitangan sekolah, senarai itu tidak menggambarkan pandangan dan pendapat murid serta gurunya.
Seorang guru berkata, pelajar sekolah itu tidak mengundi siapa yang mereka fikirkan ‘orang paling jahat di dunia,’ sebaliknya mengambil maklumat berkenaan daripada kaji selidik yang dilakukan oleh sebuah laman web bebas.

Penguasa Pelajaran Russellville, Randal Wiliams berkata, wanita yang ditugas menyunting buku tahunan itu tidak menyedari kesilapan dalam senarai berkenaan. - Agensi
myMetro | Bush, Cheney antara 5 orang paling jahat di dunia

No comments: