Pages

Monday, March 28, 2011

Kematian mangsa di Myanmar meningkat


2011/03/28

TARLAY: Pasukan penyelamat semalam berusaha untuk ke kawasan yang teruk terjejas berikutan gempa bumi kuat yang melanda timur Myanmar tiga hari lalu, ketika pekerja bantuan berkata mereka bimbangkan angka kematian akan terus meningkat. 

Pihak berkuasa berkata, 75 terbunuh berikutan gempa bumi berukuran 6.8 yang melanda berhampiran sempadan Thailand dan Laos lewat Khamis lalu, menyebabkan kediaman dan bangunan kerajaan runtuh dan menyukarkan beribu-ribu penduduk.
“Apa yang kami ketahui angka kematian akan terus meningkat,” kata seorang pekerja bantuan di negara itu kepada AFP.
Taichileik, bandar berhampiran sempadan Thailand-Myanmar dan berhampiran Tarlay dan Mong Lin di Shan, Myanmar dikatakan paling teruk terjejas berikutan gempa bumi yang dapat dirasakan sejauh ke ibu negara Vietnam, Hanoi. 

“Kita tidak tahu berapa ramai orang yang terjejas. Kami masih cuba untuk mendapatkan angkanya,” kata seorang pegawai Myanmar semalam. 

“Pengangkutan adalah sukar. Kami masih tidak sampai ke beberapa tempat, kami masih tak tahu apa berlaku kepada mereka dan kami tidak tahu berapa ramai yang tinggal di kawasan pergunungan terbabit,” katanya. – AFP 

No comments: