AYUKAWA (Jepun): Gambar yang diambil pada 24 Mac lalu ini menunjukkan pemandangan sebuah bandar pemburuan ikan paus, Ayukawa, di wilayah Miyagi.Usaha pemburuan haiwan yang semakin pupus di perairan bandar itu sudah berdekad lamanya berupaya melawan kemarahan kumpulan- kumpulan pencinta alam sekitar, namun ia tidak berdaya melawan pukulan tsunami yang membinasakan industri itu, mungkin untuk selama-lamanya.Sebagai salah satu daripada empat masyarakat di Jepun yang masih memburu dan memakan daging paus, kini hanya ada satu syarikat yang masih beroperasi di bandar ini iaitu Ayukawa Whaling.Namun, tsunami pada 11 Mac lalu telah meranapkan sebahagian besar Ayukawa, di pantai timur laut Jepun, memusnahkan 80 peratus rumah dan menyebabkan 400 daripada 1,400 penduduknya hilang.Tsunami itu juga merosakkan kemudahan simpanan Ayukawa Whaling dan merosakkan beberapa kapal pemburuannya.Jepun masih terus memburu ikan paus yang makin pupus atas alasan 'kajian saintifik', namun banyak daging haiwan itu yang akhirnya dijual secara terbuka di kedai-kedai dan restoran. -- AFP.
Monday, March 28, 2011
Bandar pemburuan paus musnah

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment