Pages

Monday, March 28, 2011

6 orang awam maut ditembak

DERAA: Pasukan keselamatan Syria didakwa membunuh enam orang awam dalam tempoh dua hari ketika negara itu berdepan protes rakyat di bandar pelabuhan Latakia.
Aktivis reformasi yang berada di luar negara, Ammar Qurabi, berkata sekurang-kurangnya dua dibunuh di Latakia apabila pasukan keselamatan melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan yang cuba membakar bangunan Parti Baath.


“Saya berhubung dengan penduduk Syria menggunakan tiga telefon bimbit dan Internet,” katanya.


Jumaat lalu, pasukan keselamatan melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan di bandar Deraa. - Reuters

No comments: