BAITULMAQDIS: Pesawat Israel menyerang sebuah skuad roket Palestin di Semenanjung Gaza semalam ketika satu sistem pertahanan baru bagi melindungi selatan Israel daripada roket militan bersedia untuk dilancarkan secara online selepas beberapa tahun dibangunkan.
Dua pejuang Palestin terbunuh dalam serangan terbabit dan seorang lagi parah, kata kumpulan tentera yang tidak menyebut sama ada mereka dalam proses melancarkan roket.
Militan Gaza termasuk Jihad Islam dan pemerintah Hamas berkata, mereka akan menguatkuasakan gencatan senjata jika Israel berbuat demikian.
Serangan mortar dan roket yang berterusan selama beberapa minggu menimbulkan kebimbangan tercetus semula perang dan membawa gesaan baru di Israel supaya tentera menggunakan sistem antiroket Iron Dome bernilai AS$200 juta (RM700 juta).
Tentera Israel berkata, sistem terbabit akan memulakan operasi hari ini berhampiran Beersheba, selatan Israel. Satu bateri kedua anti peluru berpandu akan digunakan di satu lagi bandaraya besar di selatan, Ashdod, kata tentera tanpa memberikan tarikh. – AP

No comments:
Post a Comment