Pages

Saturday, December 31, 2011

Taufan Thane badai India





2011/12/31

ORANG ramai melepasi papan tanda yang jatuh disebabkan angin kencang di  Puduchery, India, semalam. - AP
ORANG ramai melepasi papan tanda yang jatuh disebabkan angin kencang di Puduchery, India, semalam. - AP
16 maut, puluhan lagi cedera di wilayah Cuddalore, Puduchery

CHENNAI: Taufan Thane dengan kelajuan angin 140 kilometer sejam melanda pantai Tamil Nadu, semalam menyebabkan sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh manakala berpuluh lagi cedera mengakibatkan kerosakan teruk di wilayah Cuddalore dan Puduchery yang masih lagi terputus hubungan dengan kebanyakan kawasan.

Pihak berkuasa berkata, lima maut di Cuddalore ditimpa dinding runtuh dan terkena renjatan elektrik. Seorang lelaki berusia 45 tahun dari kampung Vanarampet di Puducherry mati dalam kejadian runtuhan sebuah rumah.
Perkhidmatan kereta api dari selatan Tamil Nadu turut terjejas dengan kebanyakannya terlewat atau terhenti di stesen berhampiran manakala destinasi antarabangsa oleh syarikat penerbangan persendirian termasuk ke Kuwait dan Malaysia dari Chennai terpaksa dibatalkan.
Pegawai cuaca berkata, Taufan Thane, membadai kawasan sepanjang barat laut Teluk Benggala, bergerak merentasi pantai Tamil Nadu antara Cuddalore dan Puducherry antara 6.30 dan 7.30 pagi hari ini.”

“Ia kini semakin lemah dan mendarat kira-kira 30 kilometer ke barat Cuddalore dan 35 kilometer ke barat laut Puduchery,” katanya. 

Beliau berkata hujan lebat dan berterusan diramalkan turun di pantai Tamil Nadu, Puducherry dan bahagian utara wilayah itu.

Hujan lebat juga dijangka melanda kawasan pantai selatan Andhra Pradesh sepanjang 12 jam akan datang dan sepanjang Rayalseema, utara Kerala dan selatan Karnataka dalam tempoh 24 jam lagi. 
Daerah Cuddalore di Tamil Nadu paling teruk terjejas apabila Thane merosakkan jalan dan menyukarkan kerja pasukan penyelamat .

Talian komunikasi turut terjejas manakala lebih 5,000 rumah nelayan dilaporkan rosak.

Sementara itu, Ketua Menteri Tamil Nadu, Jayalalithaa memperuntukkan sejumlah wang untuk bantuan segera dan mengarahkan empat menteri melawat daerah yang terbabit dengan ribut ‘Thane’.

Selepas mempengerusikan satu mesyuarat dengan pegawai kanan jabatan, Jayalalithaa berkata, beliau meminta rakan Kabinetnya, B V Ramana, R K M Chinnaiah, K A Jeyapaul dan M C Sampath melawat daerah Kancheepuram, Villupuram, Nagapattinam dan Cuddalore yang teruk dilanda ribut.

Jayalalithaa turut mengarahkan penilaian terhadap kerosakan akibat Thane dan menghantar laporan.

Beliau berkata ratusan pokok dan tiang elektrik tumbang, menyebabkan jalan tersekat dan perhubungan terputus.

Beliau berkata, sebagai langkah berjaga-jaga 6,000 penduduk kawasan rendah dipindah. – AP/Agensi 
-utusan

No comments: