Tarikh : December 1, 2011
LIPIS - Sepasang suami isteri maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 9 Jalan Lipis-Merapoh kira-kira jam 8.20 malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, mangsa, Normah Awang, 61, penumpang hadapan kereta Wira meninggal dunia di tempat kejadian manakala suaminya, Hamzah Zakaria, 58, juga pemandu kereta meninggal dunia di Hospital Lipis.
Menurutnya, dua lagi mangsa, Hasliza Talib, 33, dan anaknya, Alif Saparen, 2, menaiki kereta Kia Citra turut mengalami kecederaan dan menerima rawatan di Hospital Lipis.
“Kejadian berkenaan dipercayai berlaku apabila kereta Kia Citra yang dipandu oleh suami Hasliza, Saparen, 35, datang dari arah Merapoh ke Kuala Lipis telah hilang kawalan dan terbabas.
“Dalam masa sama. kereta Proton Wira yang dipandu Hamzah datang dari arah Lipis ke Merapoh menyebabkan kedua-dua kenderaan berkenaan bertembung,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.
Abdul Razak berkenaan, akibat pertembungan itu, Normah, mengalami kecederaan di bahagian tengkuk dan meninggal dunia serta merta di tempat kejadian, manakala Hamzah meninggal dunia di Hospital Lipis akibat kecederaan parah di dada.
Menurutnya, jenazah suami isteri berkenaan telah di bawa ke Hospital Lipis bagi urusan bedah siasat sebelum dituntut keluarga untuk dikebumikan di Kuala Medang.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan saksi kejadian diminta berhubung dengan Inspektor Mazrie Ismail di talian 09-312 2222 bagi membantu siasatan.
Abdul Razak berkata, keadaan jalan yang sedang dibaik pulih (jalan batu kasar) dipercayai menjadi punca pemandu gagal mengawal kenderaan dan menyebabkan kejadian tersebut berlaku.
“Walaupun telah diletakkan papan tanda amaran berkaitan kerja-kerja menaik taraf laluan berkenaan, namun keadaan jalan yang tidak rata dan gelap mungkin menjadi punca pemandu gagal mengesan kerja baik pulih itu,” katanya.
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment