Pages

Thursday, December 1, 2011

Doktor gagal halang siasatan caj tinggi

SINGAPURA: Seorang doktor republik ini, Susan Lim yang mengenakan bayaran AS$19 juta (RM46.5 juta) kepada seorang anggota keluarga diraja Brunei untuk rawatan selama tujuh bulan, gagal menghalang siasatan majlis perubatan dijalankan ekoran dakwaan dihadapinya.

“Isu sama ada terdapat caj lebihan dalam bayaran atau petugas tidak bersikap profesional akan diselesaikan jawatankuasa disiplin majlis, kata Ketua Hakim, Chan Sek Keong dalam dokumen setebal 44 halaman, semalam. Kementerian Kesihatan negara itu memulakan siasatan pada 2007 bagi menentukan sama ada bayaran dikenakan Susan adalah caj berlebihan, bayaran yang tidak munasabah atau sesetengah bayaran adalah tidak perlu.


Panel juri yang dilantik majlis perubatan untuk menyiasat meletakkan jawatan selepas Susan mengadu anggotanya membuat keputusan sebelum menyiasat kes itu. Panel kedua kini masih melakukan siasatan terhadap kes itu. Susan gagal menghalang siasatan kedua apabila mahkamah tinggi memerintahkan pada 26 Mei lalu supaya perbicaraan itu diteruskan sebelum dia membuat rayuan. Mahkamah rayuan semalam mengarahkan siasatan perlu diteruskan.

Susan, pakar bedah transplan hati pertama di Asia, mengenakan bayaran S$200,000 (RM490,000) sehari selama tujuh bulan ketika merawat kakak ipar Sultan Brunei, Pangiran Anak Hajah Damit untuk rawatan kanser.

myMetro | Doktor gagal halang siasatan caj tinggi:

'via Blog this'

No comments: