Pages

Thursday, December 1, 2011

Pelajar Jerman tiada hak solat waktu sekolah

01/12/2011 3:29am


BERLIN 1 Dis. – Mahkamah tertinggi Jerman, Mahkamah Pentadbiran Persekutuan semalam memutuskan golongan pelajar tidak mempunyai hak untuk bersembahyang ketika waktu persekolahan, jika ia akan mencetuskan konflik.

Mahkamah itu mengekalkan keputusan sebuah mahkamah rendah sebelum ini yang menafikan hak seorang pelajar Islam yang menuntut bilik peribadi untuk bersolat di sebuah sekolah tinggi Berlin.

Mahkamah Pentadbiran Persekutuan di Leipzig itu bagaimanapun berkata, keputusan itu secara umumnya tidak menghalang pelajar untuk bersembahyang ketika waktu rehat dan menyatakan pembinaan bilik berasingan itu adalah diluar kuasa pihak sekolah. – AGENSI

Utusan Malaysia Online - Terkini:

'via Blog this'

No comments: