Tarikh : December 1, 2011
GAZA - Penghantaran pertama strawberi dari Genting Gaza, Palestin ke negara Eropah bermula, kelmarin, apabila dua trak membawa 2.6 tan buah itu melepasi sempadan Israel menuju ke Belanda.
Strawberi yang menepati tahap tertinggi piawai kualiti antarabangsa itu akan dihantar ke beberapa negara Eropah melalui pelabu-han Israel.
“Saya sangat gembira melihat hasil strawberi musim ini berjaya dieksport oleh petani di Gaza,” menurut wakil Belanda ke Palestin, Birgitta Tazelaar, kelmarin.
Selain strawberi, pengeluar sayur-sayuran di Gaza juga sedang dalam proses untuk mengeksport tomato berkualiti tinggi ke pasaran antarabangsa.
Menurut Tazelaar, selain dieksport ke negara Eropah, strawberi dari Gaza juga buat pertama kali akan dihantar ke pasaran Hebron, Nablus dan Ramallah di Tebing Barat, iaitu satu lagi wilayah Palestin yang dipisahkan dan dikawal oleh rejim Israel.
Bagi musim ini, petani di Gaza dijangka menghasilkan 600 tan strawberi dan juga hasil lain seperti 17 juta kuntum bunga, 370 tan cili dan 160 tan tomato.
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment