TEHERAN, Iran - Kerajaan Britain semalam mengarahkan penutupan Kedutaan Iran di London dengan segera.
Kedutaan Britain di Teheran juga diarahkan ditutup selepas sejumlah penunjuk perasaan Iran menyerbu dan menceroboh bangunan diplomatik itu.
"Kuasa Usaha Iran di London dimaklumkan bahawa kami memerlukan Kedutaan Iran ditutup di London dengan segera dan semua staf Iran perlu meninggalkan United Kingdom dalam tempoh 48 jam," kata Setiausaha Luar Britain, William Hague kepada Parlimen semalam.
Arahan itu dibuat selepas sekumpulan penunjuk perasaan bertindak ganas selama beberapa jam dengan memecahkan tingkap, merosakkan pejabat, membakar dokumen dan mengoyakkan bendera Britain semasa menyerbu kedutaan tersebut kelmarin.
Para penunjuk perasaan berang terhadap pengumuman Britain pada minggu lalu bahawa ia memutuskan semua bentuk hubungan dengan sektor kewangan Iran.
Britain turut menyokong sekatan lebih ketat ke atas Iran ekoran isu nuklear di negara itu.
Insiden itu adalah yang terburuk ke atas pejabat diplomatik di sini sejak kumpulan pelajar Islam menawan Kedutaan Amerika Syarikat pada 1979 dengan menjadikan 52 warga AS sebagai tebusan selama 444 hari. - Agensi
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment