Pages

Sunday, November 27, 2011

Nato bunuh 25 tentera Pakistan

YAKKAGHUND: Helikopter tentera Nato menceroboh wilayah barat laut Pakistan semalam dan mengebom sebuah pos tentera, menyebabkan 25 askar terbunuh dan beberapa lagi cedera.
Serangan itu berlaku ketika hubungan antara Amerika Syarikat dengan Pakistan, sekutunya dalam perang terhadap keganasan sudah sedia tegang ekoran pembunuhan pemimpin al-Qaeda berhampiran sebuah pangkalan tentera di Abbottabad, Mei lalu.

Jurucakap tentera Pakistan berkata, serangan itu berlaku di wilayah Mohmand, kira-kira 2.5 kilometer dari sempadan Afghanistan.
“Helikopter Nato melakukan serangan tiba-tiba dan tanpa peri kemanusiaan,” kata jurucakap itu.

Antara yang terbunuh ialah seorang anggota berpangkat mejar. - AFP
myMetroNato bunuh 25 tentera Pakistan:

'via Blog this'

No comments: