Pages

Thursday, November 3, 2011

Lebih sembilan jam pisahkan kembar siam



ANGELICA (kanan) dan Angelina Sabuco.


PALO ALTO, Amerika Syarikat (AS) - Sepasang kembar siam yang bercantum di bahagian dada dan perut dipisahkan dalam pembedahan yang panjang dan sukar di sebuah hospital kanak-kanak di sini kelmarin.
Pembedahan memisahkan kembar siam perempuan dari Filipina, Angelina dan Angelica Sabuco mengambil masa lebih sembilan jam dan melibatkan pasukan perubatan yang dianggotai lebih 40 orang.
Selepas dipisahkan menjelang tengah hari kelmarin, kedua-dua bayi itu sekali lagi dibedah di Hospital Kanak-Kanak Lucile Packard bagi memulihkan bahagian badan mereka yang bercantum.
Dua jam kemudian, mereka dipindahkan ke unit rawatan rapi dengan masing-masing memiliki parut yang panjang dari dada hingga ke perut.
"Harapan kami kini menjadi realiti," kata ibu mereka, Ginady Sabuco yang berlinangan air mata selepas pembedahan tersebut selesai.
Seorang pakar bedah yang terbabit memisahkan kembar siam berkenaan, Dr. Gary Hartman berkata, pembedahan itu berjalan lancar dan dia percaya pasangan kembar siam tersebut akan dapat sembuh sepenuhnya. - AP

No comments: