Tarikh : November 7, 2011
Apabila pusat bandar, lapangan terbang Suvarnabhumi dan dua kawasan perindustrian berada dalam risiko untuk ditenggelami banjir, pihak berkuasa mula bekerja keras untuk menyalirkan air banjir keluar dari kawasan timur Bangkok melalui sistem terusan.
Bagaimanapun, kurangnya kerjasama antara kaki tangan pengurusan air dan Pentadbiran Metropolitan Bangkok (BMA) mungkin telah meletakkan lebih banyak lagi kawasan sekitar Bangkok berada pada tahap bahaya dan berisiko untuk ditenggelami banjir pada masa ini.
Dalam senario kejadian banjir terburuk itu, satu-satunya cara yang didakwa mungkin boleh digunakan adalah dengan membiarkan air banjir mengalir secara semula jadi tanpa menggunakan pam atau kaedah lain seperti yang dicadangkan sebelum ini.
Ahli jawatankuasa Saliran Air dan Kawasan Bencana, Sutat Weesakul berkata, walaupun BMA enggan bekerjasama dengan mereka keadaan banjir masih terkawal, namun paras air di beberapa kawasan kini hampir melimpah dari tembok pasir.
Sehingga kini, pegawai BMA masih belum memutuskan sama ada untuk menggunakan sistem aliran air banjir secara semulajadi memandangkan pelbagai usaha yang dilakukan oleh mereka mungkin tidak akan berjaya menghalang paras banjir untuk terus meningkat dan menjejaskan lebih banyak kawasan selepas hampir satu perlima negara tersebut telah tenggelam.
“Ia bukan hanya melibatkan masalah menguruskan banjir tetapi bagaimana seluruh pihak menanganinya secara bersama,” menurutnya lagi.
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment