Pages

Tuesday, November 8, 2011

Calon Presiden AS hadapi tuduhan gangguan seksual terbaru

Utusan Malaysia Online - Terkini: "

08/11/2011 1:44am

NEW YORK 8 Nov. - Calon Presiden Amerika Syarikat (AS) bagi parti Republikan, Herman Cain semalam berdepan tuduhan baru apabila seorang wanita mendakwa beliau melakukan gangguan seksual dan akan mendedahkan hal itu kepada umum di New York.

Wanita tersebut akan menjadi yang pertama muncul di khalayak ramai selepas tiga lagi wanita yang sebelum ini turut menuduh Cain melakukan kesalahan sama terhadap mereka.

"Cain dituduh melakukan gangguan seksual semasa wanita tersebut meminta bantuannya berhubung masalah pekerjaan ketika beliau menjadi Presiden Persatuan Restoran Kebangsaan," kata peguam mangsa, Gloria Allred. - AF"

'via Blog this'

No comments: