Pages

Monday, October 31, 2011

Wanita Arab bantu al-Qaeda dipenjara 15 tahun



31/10/2011 2:40am

DUBAI 31 Okt. – Sebuah mahkamah Arab Saudi semalam menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun terhadap seorang wanita yang didapati bersalah mengirim sejuta riyal (RM818,222) kepada cawangan kumpulan militan al-Qaeda.
Menurut pihak mahkamah, wanita itu yang dirahsiakan namanya, didapati berkhidmat sebagai orang tengah dan menyalurkan bantuan kewangan kepada ahli militan al-Qaeda di Yemen dan Afghanistan.
"Wanita tersebut dihukum kerana membuat kenyataan palsu, melindungi orang yang dikehendaki pihak keselamatan dan menggalakkan aktiviti keganasan di negara ini," lapor akhbar harian al-Hayat.
Dia juga tidak dibenarkan ke luar negara selama 15 tahun selepas dibebaskan. – REUTERS

No comments: