Pages

Thursday, September 22, 2011

Taufan Roke landa Jepun




OMBAK kuat menjulang ke langit semasa menghentam pelabuhan Kiho di Mie, Jepun, semalam, kesan daripada Taufan Roke yang melanda negara itu. - AP


TOKYO 21 Sept. - Sekurang-kurangnya empat terbunuh manakala berjuta-juta penduduk diarahkan berpindah ke kawasan tinggi ketika Taufan Roke melanda Jepun, lapor pihak berkuasa hari ini.
Hujan lebat bawaan Roke turut dijangka menyebabkan banjir besar di kebanyakan kawasan tanah rendah.
Mayat empat mangsa yang terkorban itu ditemui di tengah dan barat Jepun manakala dua masih hilang di tengah wilayah Gifu termasuk seorang kanak-kanak lelaki.
Amaran pemindahan yang sebelum ini ditarik balik, bagaimanapun masih kekal untuk kira-kira 330,000 penduduk di seluruh negara.
Selain itu, sebagai langkah berjaga-jaga, 11 daripada 15 loji nuklear yang terletak di wilayah Aichi turut ditutup buat sementara waktu bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini.
Pada pukul 1 petang waktu Malaysia, Taufan Roke mencatatkan kelajuan angin maksimum sekuat 216 kilometer per jam di Hamamatsu, tengah Jepun.
Ia dijangka menjadi semakin lemah pada waktu petang sebelum bergerak ke timur laut, berkemungkinan ke arah kawasan loji nuklear Fukishima.
Sementara itu, laluan bawah tanah ditutup manakala lebih 200 penerbangan terpaksa dibatalkan berhubung cuaca buruk. - AFP

No comments: