Menurut pegawai kerajaan, Sonam Lepcha, sekurang-kurangnya 65 orang terbunuh dari kawasan terpencil dalam kejadian gempa bumi pada Ahad lalu di negeri Sikkim, timur laut India.
"Kesemua mayat diterbangkan melalui pesawat oleh agensi-agensi bantuan ke beberapa hospital berdekatan.
"Kami bimbang lebih banyak yang terkorban dalam kejadian itu dan ia sangat sukar untuk menyatakan jumlah kematian yang tepat." katanya.
Sementara itu, polis berkata, seramai 18 terbunuh di tempat lain di India manakala lapan lagi maut di Nepal dan agensi berita Xinhua melaporkan sebanyak tujuh orang mati di selatan Tibet.
Gegaran itu dirasai lebih daripada 1,000 kilometer dari New Delhi ke barat dan dari Bangladesh ke selatan. - AFP
No comments:
Post a Comment