Pages

Wednesday, September 7, 2011

Konvoi 'bawa' Gaddafi rentas ke Niger

SHISHAN (Libya): Satu konvoi tentera yang dikhabarkan membawa Encik Muammar Gaddafi dilihat merentas ke Niger, kata satu sumber tentera sedang para pejuang rejim baru Libya bersiap mengambil alih kubu-kubu terakhir diktator itu.

Bagaimanapun, jurucakap pemimpin Libya dalam pelarian itu, Encik Moussa Ibrahim, berkata Encik Gaddafi berada dalam keadaan sihat dan merancang mempertahankan negaranya. 


Beliau juga berkata Encik Gaddafi dan anak-anak lelakinya sudah bersedia berjuang sampai mati walaupun Encik Moussa tidak memberikan sebarang isyarat di mana Encik Gaddafi berada.'Saya melihat satu konvoi besar dan jarang dilihat terdiri daripada beberapa dozen kenderaan memasuki Agadez dari Arlit... dan menuju ke arah Niamey' lewat kelmarin, kata sumber tentera Niger itu sambil merujuk kepada Agadez, bandar di utara Niger. 


'Terdapat terus desas-desus bahawa Gaddafi atau salah seorang anak lelakinya dalam perjalanan dalam konvoi itu.'Seorang wartawan stesen swasta di Agadez berkata beliau melihat 


'satu konvoi kenderaan bergerak ke arah Niamey, ibu kota Niger. Satu lagi sumber pemerintah Nigeria sebelum itu berkata para pegawai terkenal rejim itu melarikan diri merentasi sempadan Ahad lalu.Mereka termasuk Encik Mansour Daw, Ketua Keselamatan Dalam Negeri Libya, 


yang sebelum ini dilaporkan berada di Bani Walid bersama sekurang-kurangnya dua anak lelaki Encik Gaddafi. Sementara itu, para pemberontak Libya mencapai perjanjian untuk memasuki Bani Walid, 


bandar penyokong Encik Gaddafi yang dikepung sejak Ahad lalu, menurut laporan stesen televisyen Al Jazeera, semalam.Laporan itu berkata Majlis Peralihan Negara (NTC) Libya mencapai perjanjian dengan pemimpin puak setempat untuk memasuki bandar tersebut semalam. 


Perkembangan terbaru itu ekoran pengumuman kelmarin bahawa rundingan bagi penyerahan bandar itu secara aman gagal. -- Agensi.CYBERITA






No comments: