Pages

Wednesday, September 7, 2011

Ibu ambil cuti jaga anak sakit diberhentikan kerja


CHE TOM menunjukkan surat diberhentikan kerja kepada Nurul Atikah.
CHE TOM menunjukkan surat diberhentikan kerja kepada Nurul Atikah.

TAIPING: Sejak tiga tahun lalu, air mata Che Tom Osman tidak pernah kering mengenangkan nasib anak bongsunya, Nurul Atikah Bazilah Samsudin, 14, yang mengidap barah tulang kronik yang kini terpaksa bergantung kepada ubat untuk mengurangkan kesakitan.

Che Tom, 45, sering mengambil cuti tanpa gaji kira-kira setahun lalu demi menjaga anaknya itu yang baru-baru ini mendapat liputan meluas media kerana impiannya untuk bercakap dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tercapai pada pertengahan Ramadan lalu.
Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, Che Tom, penolong penyelia di sebuah kilang terpaksa menerima hakikat kehilangan mata pencarian selepas menerima surat berhenti kerja berkuat kuasa hari ini.
Beliau menerima surat itu pada 1 Syawal lalu yang mengatakan syarikat itu tidak lagi melayan sebarang permohonannya untuk bercuti tanpa gaji.

“Anak saya terlantar di katil dan memerlukan jagaan rapi. Saya bukan sengaja mahu mengambil cuti tanpa gaji tanpa sebab,” katanya, ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Nurul Atikah Bazilah anak ketiga kepada pasangan Samsudin Hasbullah, koperal polis yang bertugas di Balai Polis Batu Kurau, bersama Che Tom, mula dikesan menghidap barah tulang selepas terjatuh di rumahnya pada 2009.

Sehingga kini, Nurul Atikah Bazilah menjalani 12 pembedahan dan 18 sesi kemoterapi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di Petaling Jaya, Selangor, namun keadaannya masih tidak berubah.
Sementara itu, timbalan pengurus kilang terbabit, Wilson Ng, ketika dihubungi berkata, perkara berkenaan dilakukan berdasarkan peraturan dan undang-undang.
Katanya, Che Tom sering mengambil cuti tanpa gaji sejak 2009 dan pihaknya sudah banyak memberi peluang kepada beliau. 

No comments: