WASHINGTON: Gempa bumi kuat menggegarkan Pantai Timur Amerika Syarikat awal pagi tadi dan gegaran dirasai sehingga ke Kanada manakala ribuan pekerja pejabat di ibu negara bertempiaran lari ke jalan raya.
Tiada sebarang laporan mengenai kerosakan besar atau kecederaan susulan gempa bumi 5.8 magnitud itu yang berpusat di Mineral, Virginia.
Ia adalah gempa bumi terkuat di Virginia sejak 1897 dan pada kedalaman agak cetek, sekali gus meningkatkan kekuatannya.
Dua reaktor nuklear di North Anna, Virginia, ditutup selepas loji berkenaan kehilangan kuasa elektrik tetapi syarikat pengendali menyatakan tiada kerosakan besar.
Reaktor itu akan terus ditutup sehingga boleh dihidupkan semula dengan selamat.
Pentagon, Rumah Putih dan US Capitol dikosongkan dan ribuan pekerja bergegas ke jalan raya apabila gempa bumi pada waktu makan tengah hari itu menyebabkan barangan di rak di pejabat jatuh ke lantai. - Reuters , bharian
Tiada sebarang laporan mengenai kerosakan besar atau kecederaan susulan gempa bumi 5.8 magnitud itu yang berpusat di Mineral, Virginia.
Reaktor itu akan terus ditutup sehingga boleh dihidupkan semula dengan selamat.
Pentagon, Rumah Putih dan US Capitol dikosongkan dan ribuan pekerja bergegas ke jalan raya apabila gempa bumi pada waktu makan tengah hari itu menyebabkan barangan di rak di pejabat jatuh ke lantai. - Reuters , bharian
No comments:
Post a Comment