NEW YORK, Amerika Syarikat AS – Selepas seni meniarap seperti papan, planking, popular di internet, alam siber itu kini hangat dengan trend fotografi terbaharu dinamakan horsemaning, lapor sebuah akhbar semalam.
Konsep fotografi itu menyerupai gambar bersejarah pada tahun 1920-an apabila beberapa individu menyamar seperti kepala mereka telah dipenggal.
Kini, orang ramai berlumba-lumba menyiarkan gambar mereka melakukan aksi serupa di Internet dengan menggunakan pelbagai latar.
Antara aksi yang cukup popular ialah seorang lelaki sedang bersandar di
sofa sambil tangannya diletakkan di atas kepala yang berada di sebelahnya.
Ilusi itu dihasilkan dengan individu tersebut menyembunyikan seluruh badan daripada kamera kecuali mukanya. Agensi, kosmo
No comments:
Post a Comment