MAHMUD AHMAD menunjukkan tempat bapa saudaranya, Sabtu Husin ditemui mati rentung di tempat tidurnya akibat kebakaran di rumahnya di Kampung Bakar Batu, Johor Bahru semalam. |
Kejadian pukul 5.25 pagi itu menyebabkan mangsa, Sabtu Hussin yang tinggal bersendirian dalam sebuah rumah pusaka di kampung itu meninggal dunia selepas mengalami kecederaan teruk akibat terbakar.
Kejadian berlaku ketika mangsa dipercayai baru sahaja selepas bersahur.
Bagaimanapun, anak saudara mangsa, Sapiah Wan Hitam, 37, suami dan dua anak mereka berusia lima tahun dan enam bulan yang tinggal bersebelahan berjaya menyelamatkan diri.
Kakak mangsa, Ramlah Hussin, 61, yang tinggal tidak jauh dari tempat kejadian berkata, dia hanya menyedari mengenai kebakaran itu selepas dimaklumkan oleh anak perempuannya.-kosmo
No comments:
Post a Comment