Pages

Tuesday, August 16, 2011

Berat badan turun kerana gelaran Monster




MICKIE NESS semasa dia gemuk.


SHEFFIELD, Britain - Seorang lelaki, Mickie Ness, 39, menurunkan berat badannya selepas dia digelar sebagai Monster Loch Ness kerana mempunyai berat badan 196 kilogram (kg), lapor sebuah akhbar kelmarin.
Berat badannya meningkat selepas dia terlibat dalam kemalangan motosikal 20 tahun yang lalu.
BERAT badan Mickie Ness kini 95 kilogram.


Apabila mencecah usia 30-an, doktor telah menasihati bahawa dia akan berhadapan dengan kematian awal sekiranya tidak berusaha menurunkan berat badan.
Dua tahun lalu, Mickie menjalani pembedahan gastrik. Kini beratnya cuma 95kg selepas dia melakukan diet dan melakukan senaman.
"Saya berasa seronok," kata Mickie yang berasal dari Deepcar berdekatan Sheffield dan bertugas sebagai pengawal sistem. - Agensi, kosmo

No comments: