Pages

Tuesday, August 16, 2011

Hosni Mubarak hadir sesi perbicaraan di mahkamah



BEBERAPA orang menolak pengusungHosni Mubarak semasa dia tiba di sebuah mahkamah di Kaherah semalam.


KAHERAH - Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak kembali dibicarakan di sebuah mahkamah di sini semalam.
Hosni masih terbaring di atas sebuah pengusung semasa sesi perbicaraan berhubung dakwaan rasuah dan pembunuhan para penunjuk perasaan semasa kebangkitan rakyat Mesir.
Rakyat Mesir berhimpun di Dataran Tahrir, Mesir selama 18 hari sehingga mengakibatkan Hosni meletakkan jawatan pada 11 Februari lalu.
Hosni menaiki sebuah helikopter dari sebuah hospital di sini yang menjadi tempat tahanannya selepas dia muncul kali pertama di mahkamah pada 3 Ogos lalu.
Dia kemudian diusung ke kurungan yang turut menempatkan dua anaknya, Gamal dan Alaa. Kedua-dua anaknya itu hanya dibicarakan berhubung kes rasuah.
Hosni memakai pakaian berwarna biru manakala dua anaknya memakai baju berwarna putih.
Tahap kesihatan Hosni menjadi spekulasi beberapa minggu sebelum perbicaraannya.
Sebelum tiba di kurungan, anak lelaki Hosni, Alaa cuba untuk menghalang sebuah kamera televisyen daripada merakamkan imej bapanya itu. - Agensi, kosmo

No comments: