MANILA - Selebriti Paris Hilton sekali lagi membuat kecoh kerana telefon bimbitnya.
Paris kehilangan dua buah telefon bimbit ketika dia dalam penerbangan ke Filipina untuk membuat lawatan bagi promosi sebuah hotel peranginan
Stesen televisyen menunjukkan Paris yang sedang memeriksa beg kelihatan kecewa semasa dia dikelilingi para petugas syarikat penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Manila di sini pada Ahad lalu.
Ketika kejadian. dia tiba dari Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE).
Stesen radio DZBB melaporkan pihak berkuasa lapangan terbang dan syarikat penerbangan membuat siasatan berhubung kehilangan telefon tersebut.
Pada 2005, para penggodam berjaya mendapat akses ke telefon bimbit Sidekick milik Paris dan memaparkan nombor telefon peribadi rakan selebritinya kepada orang ramai. - AP, kosmo
No comments:
Post a Comment