Pages

Tuesday, August 16, 2011

'Abang Joe' kekasih hati Siti Rodziah

 Siti Rodziah kini berani mencium  ‘Abang Joe’  di Kuala Krai.
Siti Rodziah kini berani mencium ‘Abang Joe’ di Kuala Krai.

KUALA KRAI: Ular sering dikaitkan dengan pelbagai perkara menakutkan, namun bagi Siti Rodziah Mohd Khair, 17, reptilia itu dijadikan teman hidupnya selepas 'jatuh cinta pandang pertama' sejak dicabar oleh ayah tirinya, tiga bulan lalu.

Nama Siti Rodziah kini meniti di bibir penduduk daerah ini kerana keberaniannya mencium ular tedung yang dipanggil 'abang Joe' berusia kira-kira 28 tahun.
Walaupun pernah dipatuk ular sebanyak empat kali sejak berkecimpung dalam bidang pertunjukan ular berbisa, namun pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar di sini, tidak pernah serik dan berazam mahu melakarkan nama dalam Malaysia Book of Records.
Rodziah berkata, beliau menceburi bidang berkenaan kira-kira tiga bulan lalu selepas dicabar oleh ayah tirinya, Abd Rahim Jaafar, 36, ketika menonton pertunjukan Raja Ular, Mohd Hamdan Mahadi, 25, di bandar ini.

"Ketika itu, hanya Tuhan yang tahu betapa takutnya saya kerana belum pernah berdepan dengan reptilia berbisa sepanjang kira-kira 6.7 meter, manakala besarnya hampir lengan orang dewasa.

"Bagaimanapun, Hamdan memberi sedikit tunjuk ajar bagaimana mahu berdepan dengan ular berkenaan dan selepas beberapa kali mencuba, saya berjaya mencium ular berkenaan," katanya ketika ditemui di sini. -bharian

No comments: