Pages

Thursday, July 14, 2011

Tiga maut dirempuh treler kayu getah

Motosikal terbabas punca nahas

JEMPOL: Tiga lelaki maut manakala seorang parah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan yang dipercayai berpunca daripada sebuah motosikal yang hilang kawalan di Kilometer 15 Jalan Bahau-Kemayan di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 5.50 petang itu, penunggang motosikal, Alizan Ahmad, 35; pemandu serta penumpang kereta PROTON Saga, Chu Peng Seng, 34, dan Sum Wan Kong, 49, maut di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Mohd Sabri Muhamad, berkata siasatan awal mendapati motosikal dinaiki Alizan terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan treler membawa kayu getah.

“Pada masa sama, pemandu treler itu cuba mengelak daripada melanggar penunggang motosikal terbabit namun gagal, menyebabkan treler itu sendiri terbabas ke laluan bertentangan sebelum merempuh sebuah PROTON Saga.

“Berikutan itu, treler berkenaan terbalik dan pemandunya berusia 27 tahun yang parah dihantar ke Hospital Jempol untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata, bomba terpaksa mengambil masa lebih 30 minit untuk mengeluarkan mayat pemandu dan penumpang kereta yang tersepit selepas kenderaan itu remuk teruk akibat perlanggaran berkenaan.
Berita Harian Online | Tiga maut dirempuh treler kayu getah

No comments: