Pages

Tuesday, July 26, 2011

Tempoh tahanan pembunuh 'gila' dilanjut



ANDERS BEHRING BREIVIK


OSLO - Pihak pendakwa raya Norway akan menuntut agar tempoh reman ke atas suspek utama kes serangan berkembar yang berlaku pada minggu lalu, Anders Behring Breivik dilanjutkan kepada lapan minggu. "Pendakwa raya, Christian Hatlo akan meminta tempoh reman dilanjutkan sehingga lapan minggu dan memohon agar perbicaraan dilakukan secara tertutup," kata mahkamah dalam satu kenyataan.

Di Norway, tempoh maksimum tahanan reman adalah selama empat minggu. Sehingga kini, hanya Breivik menjadi suspek utama dalam serangan bom dan tembakan yang membunuh sekurang-kurangnya 93 orang pada Jumaat lalu. Suspek berusia 32 tahun itu mengaku membunuh dan bertanggungjawab melakukan serangan tersebut, satu insiden terburuk dalam sejarah Norway sejak Perang Dunia Kedua. - AFP

Kosmo! Online - Dunia

No comments: