Pages

Tuesday, July 26, 2011

5 juta dijangka tunai umrah

RIYADH: Dengan bulan Ramadan hanya seminggu lagi, Makkah menyaksikan kebanjiran jemaah umrah dari seluruh dunia. Kira-kira lima juta jemaah dijangka menunaikan ibadah umrah tahun ini.

Menurut angka terkini yang dikeluarkan Agensi Hal Ehwal Umrah di Kementerian Haji, jumlah visa umrah yang dikeluarkan hingga 16 Julai mencecah lebih 4.6 juta. Angka itu melebihi 1.1 juta berbanding jumlah keseluruhan visa yang dikeluarkan tahun lalu. Kebanjiran jemaah mencapai peningkatan ketika Ramadan, menandakan kemuncak musim umrah dalam setahun. Sememangnya terdapat peningkatan dalam angka jemaah umrah sejak beberapa tahun lalu. Namun, peningkatan yang disaksikan tahun ini tidak pernah berlaku dalam tahun-tahun terdahulu.


Terdapat peningkatan 20,000 hingga 30,000 jemaah pada tahun lalu dan 2009 berbanding tahun-tahun sebelum itu.

Agensi itu juga menyatakan terdapat angka penurunan ketara bagi jemaah umrah yang tinggal lebih tempoh. Tahun lalu, hanya 3,000 daripada lebih tiga juta jemaah yang datang menunaikan ibadah itu tinggal melebihi tempoh. - AN

myMetro | 5 juta dijangka tunai umrah

No comments: