Dalam satu kampung ntahapaapanamantah tinggal suatu keluarga yang turut dihuni oleh bapak mertua dan menantu lelaki beliau. Kedua-duanya jenis berjurus dan tertib terning orangnya. Orang – orang kampung pun memang mesra dan baik hubungannya dengan mereka. Hubungan antara kedua-duanya juga sangat baik, ibarat seperti bapa dan anak kandung.
Mungkin kerana menantu tu dah kematian bapa sementara mertua pulak, itulah menantu sulung dan tunggal beliau. Walaupun hubungan mereka sangat baik tetapi masing-masing memendam rasa terhadap suatu sikap yang ada pada diri masing-masing. Yang menantu bengang kerana bapak mertua beliau jenis malas sembahyang. Selama setahun dia tinggal di rumah bapak mertuanya, tak pernah dia nampak bapak mertuanya sembahyang. Bapak mertua pulak tensen kerana menantu dia ni jenis malas bekerja. Dah setahun tinggal dengan dia tapi tak pernah berusaha nak keluar bekerja. ”Seronoklah dia duk menumpang dengan aku, tempat-tidur makan minum semua aku tanggung” beleber bapak mertua sorang-sorang.
Sudah lama mereka memendam perasaan terhadap perkara yang mereka tak suka itu. Semakin lama semakin menjengkelkan serta menyesakkan dada dan fikiran mereka bila memikirkan perkara tersebut. Kadang-kadang rasa macam setiap malam bersiponggang di dalam benak kepala time nak tidur. Nak disuarakan atau ditegur, masing-masing rasa segan dan tak tergamak. Menantu tak tergamak, maklumlah bapak mertua, gerun ada, hormat pun ada. Dahlah misai melintang macam A. Galak. Yang bapak mertua pulak tak sampai hati nak tegur, yerlah dah menantu tunggal. Ada ijazah pulak tu, kang diberi hujah orang berpendidikan seperti beliau, tak berjawab pulak dia nanti. Lagipun kalau tegur dan cakap sebarangan dibuatnya dikilas balik kena atas batang hidung, malulah dia.
Suatu petang, datanglah idea masing-masing cara nak sound atau menegur perkara buruk pada diri masing-masing tersebut. Bapak mertua pun berkata, “Nak. . jom kita main dam aji. . ayah tengah bosan tahap cipan ni. . . tak ada benda nak dibuat’. “Boleh jugak yah” jawab menantu. ”Eh macam tau-tau je bapak mertua aku ni aku nak ajak dia main dam aji”bisik menantu yang baru saja ternganga mulut nak ajak bapak mertua dia main dam. Hanya beberapa saat je terlewat daripada pelawaan bapak mertua dia.
Dipendekkan cerita, perlawanan pun berlangsunglah. Masing-masing begitu fokus dan concentrate mengatur langkah dan strategi. Di tengah permainan, tiba-tiba bapak mertua berkata, ”haha menjadi taktik ayah. . ayah dah nak naik aji dah ni. . ”. Mendengar kata-kata bapak mertua beliau, menantu pun terus spontan menjawab, “macamana nak naik aji. . sembahyang pun malas. . . ”. Gulp. . rasa macam tertelan cicak bapak mertua mendengar kata-kata menantu. Lembut tuturannya tapi menusuk ke dalam jantung dan kalbu. Adoiii kena aku, bisiknya dalam hati. Tak apalah, nanti masuk Asar aku startlah solat, tak mau tinggal-tinggal lagi dah.
Masa terus berjalan dan perlawanan terus rancak. hampir 3 suku perlawanan tiba-tiba menantu pulak berkata, “ayah ni lekalah. . ni saya nak makan tiga sekaligus ni”. Spontan itu juga, terus disambut oleh bapak mertua dengan berkata, “macamana nak makan, kalau malas nak bekerja. . ”. Merah padamlah muka menantu. Kata-kata bapak mertua beliau terasa menusuk jauh hingga ke tulang sum-sum. Memang kena atas butir. Tak boleh jadi ni, esok aku kena cari kerjalah, ngomel beliau sendirian.
Begitulah kisahnya tuan-puan. Sebenarnya kisah ini aku dengar daripada seorang ustaz. Aku tokok-tambah sedikit bagi menyedapkan cerita dan pembacaan, Tapi isinya sama dan tak lari. Mesejnya ialah bagaimana cara kita nak menegur kesilapan atau kelemahan orang lain secara berhikmah dan bijaksana. Jangan anggap kita ni bagus dan sempurna sampai nak tegur orang pun pakai belasah dan ikut sedap mulut je. Kena ada skill psikologi dan skill of negotiation. Ingat lagikan kisah cucu Baginda Rasulullah SAW Hasan dan Husin menegur seorang hamba Allah yang salah mengambil wuduk. Bijaksana dan berhikmah. Begitulah yang diajar Islam. Islam itu indah. Manusia saja yang suka merosakkan agama dan merosakkan dirinya. Ke guane gamok?"
Tranungkite Online v11 - Kisah Bapak Mertua Malas Sembahyang Dan Menantu Malas Bekerja

No comments:
Post a Comment