Pages

Friday, July 15, 2011

Gaddafi mahu letup ibu negara

MOSCOW: Pemimpin Libya mempunyai ‘rancangan berani mati’ - meletupkan Tripoli sekiranya ibu negara itu dikuasai oleh pemberontak.

“Perdana Menteri Libya, Baghdadi al-Mahmudi memberitahu saya: Jika pemberontak menawan bandar raya itu, kami akan melambakkannya dengan peluru berpandu dan meletupkannya,” kata duta Russia, Mikhail Margelov dalam temuramah dengan akhbar Izvestia.


Beliau berunding dengan Baghdadi bulan lalu.

“Saya percaya rejim Gaddafi memiliki rancangan berani mati. Beliau masih mempunyai banyak peluru berpandu dan bom lain,” katanya.


Margelov yang mempunyai hubungan baik dengan pemimpin kanan Libya, mempertikaikan laporan kononnya Gaddafi akan kehabisan senjata dalam menghadapi pemberontak.


“Gaddafi masih belum menggunakan satupun peluru berpandu bumi ke bumi.

“Tripoli, secara teorinya mungkin berdepan dengan kekurangan peluru untuk kereta kebal dan raifal. Tetapi beliau masih mempunyai banyak peluru berpandu dan bahan letupan lain,” katanya.


Margelov berunding dengan Perdana Menteri Libya pada 16 Jun lalu di Tripoli selepas berbincang dengan pemberontak di Benghazi.

Russia berkecuali daripada pengundian ketetapan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mac lalu yang membuka jalan kepada serangan Nato dan sejak itu menyelar kempen pengeboman itu. - AFP

myMetro | Gaddafi mahu letup ibu negara

No comments: