Pages

Monday, June 27, 2011

Tiga terbunuh selepas hantar rakan


keadaan kereta yang mengorbankan tiga sahabat di Kilometer 15, Jalan Kota Bharu-Pasir Mas dekat Salor malam kelmarin.



KOTA BHARU – Niat murni empat pelajar sebuah kolej menghantar seorang rakan pulang selepas menerima berita bapanya sakit berakhir dengan tiga daripada mereka terbunuh dalam kemalangan Kilometer 15, Jalan Kota Bharu-Pasir Mas dekat Salor malam kelmarin.
Tiga mangsa yang terkorban itu merupakan penuntut Kolej Islam Sains Teknologi (KIST) kampus Bachok manakala seorang lagi pelajar itu cedera parah.
Kemalangan pada pukul 11 malam itu berlaku selepas kereta Proton Iswara dinaiki empat mangsa itu bertembung dengan sebuah lori ais di Kilometer 15, Jalan Kota Bharu-Pasir Mas dekat Salor malam kelmarin.
Mangsa-mangsa yang terbunuh ialah Shaiful Jawahir Razali, 20, dari Kampung Belimbing, Tanah Merah yang memandu kereta manakala dua lagi mangsa ialah Mohammad Aliff Mohd. Suhaimi, 19, dari Kampung Batu 11, Tanah Merah dan Sheikh Muhammad Farhan Shikh Saud, 19, dari George Town, Pulau Pinang.
Seorang lagi mangsa, Muhammad Aznil Afnan Ariffin, 19, berasal dari Pengkalan Chepa cedera parah dan menerima rawatan di Hospital Pasir Mas (HPM).
Pemandu lori ais yang terbabit dalam kemalangan itu Zamri Hussein, 29, dan kelindannya yang belum dikenal pasti identiti turut cedera parah.Kosmo! Online - Negara

No comments: