Pages

Monday, June 27, 2011

James Bond kahwin senyap-senyap

NEW YORK - Aktor yang melakonkan watak James Bond, Daniel Craig melangsungkan perkahwinan dengan aktres Rachel Weisz di New York pada Rabu lalu.

Seorang jurucakap Craig semalam mengesahkan kedua-dua selebriti itu sudah melangsungkan perkahwinan.

Namun, dia tidak memberikan maklumat lanjut berhubung perkahwinan mereka.

Craig, 43, berkahwin dengan Weisz, 41, dalam majlis perkahwinan yang hanya dihadiri oleh empat orang.

Beberapa tetamu menyatakan, anak perempuan Craig, Ella, 18, dan anak lelaki Weisz, Henry berusia empat tahun dan dua rakan pasangan itu hadir dalam majlis tersebut.

"Craig dan Weisz berkeras mahu mengadakan majlis perkahwinan yang ringkas. Mereka diselubungi perasaan cinta yang mendalam dan tidak sabar untuk bergelar suami isteri," lapor satu sumber kepada akhbar News Of The World.

Walaupun mereka berkawan sejak beberapa tahun yang lalu, pasangan itu mula rapat pada November lepas.

Sebelum bersama, Weisz menjalinkan hubungan selama sembilan tahun dengan pengarah filem Black Swan, Darren Aronovsky.

Criag pula bertunang dengan teman wanitanya, Satsuki Mitchell selama lima tahun.

Kali terakhir Craig dan Weisz dilihat bersama ialah di London pada Mac lalu.

Ketika itu, Craig membawa kekasihnya itu membeli-belah di kedai louis Vuitton di Mayfair.

Namun, kedua-dua selebriti itu berusaha untuk menyembunyikan hubungan daripada mendapat perhatian ramai. - AgensiKosmo! Online - Dunia

No comments: