Pages

Monday, June 27, 2011

Jutawan cuba rasuah polis dengan kereta Maserati

LONDON: Jutawan fesyen, George Davies menawarkan dua anggota polis sebuah kereta Maserati berharga �100,000 (RM500,0000) jika mereka membebaskannya selepas ditangkap kerana memandu dalam keadaan mabuk.

Sebuah mahkamah di sini diberitahu semalam, jutawan yang mengasas syarikat Next and George at Asda berusia 69 tahun itu diarah oleh anggota polis terbabit menjalani ujian pernafasan selepas dia ditahan kerana memandu kereta Quattroporte selaju 272 kilometer sejam.


Ujian itu mendapati kandungan alkohol dalam pernafasannya melebihi had.

Dia juga gagal berhenti meskipun diekori oleh anggota berkenaan sejauh lapan kilometer dari rumahnya.


Majistret di mahkamah Worcester diberitahu, jutawan itu menawarkan polis yang menahannya kereta Maserati itu ketika mereka membawanya ke balai polis.


Konstabel Jonathon Rice berkata: “Dia yang mabuk berkata, kami boleh mengambil kereta Maseratinya jika kes itu digugurkan.

“Saya menganggap dia tidak bermaksud demikian kerana dia mabuk ketika itu.” Davies menafi membuat kenyataan itu.


Dia bagaimanapun didapati bersalah malam tadi. Majistret mengharamkan dia memandu selama 12 bulan dan mendendanya �1,000 (RM5,000). - Agensi

myMetro | Jutawan cuba rasuah polis dengan kereta Maserati

No comments: