Pages

Monday, June 27, 2011

Thaksin ikrar tak balas dendam

YINGLUCK SHINAWATRA bergambar bersama seorang peminatnya di Yala, selatan Thailand pada 14 Jun lalu.


BANGKOK – Bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra (gambar) yang hidup dalam pelarian telah berikrar untuk tidak membalas dendam rampasan kuasa tentera yang menggulingkannya daripada kuasa jika parti itu menang pilihan raya bulan depan.

Dalam satu temu bual televisyen dari Dubai yang menjadi lokasi kediamannya, dia memberitahu rangkaian berita Al-Jazeera bahawa keutamamnya kini adalah perdamaian dan menyatukan semula Thailand yang berpecah-belah dengan teruk sejak rampasan kuasa tentera pada tahun 2006.

“Saya tidak mahu sesekali membalas dendam,” kata Thaksin yang melarikan diri dari Thailand sebelum didapati bersalah dalam kes rasuahnya di Bangkok.

Temu bual itu disiarkan semalam.

“Kami perlu bergerak dan membawa negara ini terus ke hadapan. Kami telah banyak membuang masa,” jelas Thaksin.

Walaupun dia tinggal dalam buangan, Thaksin dilihat sebagai pemimpin tidak rasmi parti Puea Thai dengan adiknya, Yingluck Shinawatra akan dipilih menjadi perdana menteri jika parti tersebut menang dalam pilihan raya bulan depan.

Yingluck, 43, tidak mempunyai pengalaman dalam bidang politik,

Namun, pencalonan namanya menunjukkan pengaruh Thaksin masih kukuh dalam politik negara ini. – AgensiKosmo! Online - Dunia

No comments: