Pages

Wednesday, June 8, 2011

Tentera Australia hilang fail UFO



Seorang penduduk menunjukkan empat objek yang dipercayai UFO di bandar Palmerston, Canberra, Australia pada 2006. - AGENSI


CANBERRA 7 Jun - Tentera Australia menyatakan mereka kehilangan X-File atau fail menyimpan data penemuan UFO yang dicatatkan di seluruh negara itu.

Menurut akhbar Sydney Morning Herald, Unit Pertahanan Australia tidak dapat mengesan fail-fail tersebut selepas dua bulan melakukan pencarian mengenai UFO di atas permintaan akhbar itu menerusi peraturan Kebebasan Maklumat (FOI).

Pembantu Pengarah FOI, Natalie Carpenter berkata, Ibu Pejabat Pemerintah Tentera Udara menyatakan kesemua fail tersebut tidak dapat dikesan dan disahkan hilang.

"Hanya sebuah fail sahaja berjaya dikesan dan ia menyimpan laporan mengenai UFO atau kejadian pelik di Woomera, lapangan ujian senjata tentera di tengah pedalaman Australia," katanya.

Dalam pada itu, Herald menyatakan kehilangan fail-fail tersebut menimbulkan teori konspirasi dan meminta orang ramai yang tahu mengenai insiden tersebut agar melaporkan kepada pihak polis.

Satu-satunya fail yang dijumpai itu menyimpan lakaran penemuan UFO di seluruh Australia dan juga luar negara.

Pada hujung tahun 2000, tentera Australia membuat keputusan untuk berhenti menerima sebarang laporan mengenai UFO. - Reuters

Utusan Malaysia Online - Luar Negara

No comments: