Demikian cerita pemandu lori ais, Mohd. Zabri Husain, 29, yang cedera parah dalam kemalangan di Kilometer 15, Jalan Kota Bharu-Pasir Mas dekat Salor malam Sabtu lalu yang mengorbankan tiga pelajar Kolej Islam Sains Teknologi (KIST) kampus Bachok dekat sini.
Ketika ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini semalam, Mohd. Zabri yang patah paha dan lutut kanan memberitahu, selepas rempuhan itu, dia tersepit di bawah stereng lori dipandunya.
Mengenai kelindan lori ais itu, Azri Mat Nawi, 24, yang bisu, pemuda itu tercampak keluar dari kenderaan melalui cermin depan yang pecah dan nasib mangsa baik kerana hanya cedera ringan.
“Semasa saya tersepit dalam lori, saya yang masih sedar ketika itu nampak dengan jelas setiap penumpang kereta tersebut yang turut tersepit dalam remukan kereta mereka.
“Daripada empat mangsa dalam kereta itu hanya seorang yang dilihat bergerak-gerak,” kata Mohd. Zabri yang berasal dari Kampung Manar Satu, Tanah Merah dekat sini.Kosmo! Online - Negara
No comments:
Post a Comment