Pages

Wednesday, June 15, 2011

Debu ancam ruang udara Eritrea



IMEJ debu yang dirakam NASA di Eritrea, kelmarin.
IMEJ debu yang dirakam NASA di Eritrea, kelmarin.

Penerbangan dari Arab Saudi batal, dijadual semula ekoran gunung berapi

RIYADH: Beberapa penerbangan dari Arab Saudi ke destinasi di Afrika termasuk ke Eritrea, Habsyah, Sudan dan Djibouti dibatalkan atau dijadual semula selepas debu tebal memasuki ruang udara Eritrea berikutan letusan gunung berapi.
Jurucakap Saudi Arabian Airlines, Abdullah Al-Azhar, berkata penerbangan domestik ke Tabuk dan beberapa destinasi lain juga terjejas akibat debu itu.
Arab Saudi dan Jordan dijangka terjejas ekoran debu itu dan pihak syarikat penerangan berkenaan meneliti laporan terbaru mengenai pergerakannya.

“Debu itu dijangka tiba di ruang udara Arab Saudi hari ini,” kata seorang pegawai syarikat penerbangan Afrika yang memetik ramalan Pusat Nasihat Pergerakan Debu Gunung Berapi (VACC) yang berpusat di Perancis.

Debu itu juga dijangka menjejaskan ruang udara di Mesir, Sudan, Israel, Yaman dan Iraq.

Sebuah gunung berapi yang tidak aktif meletus di Eritrea menyembur debu setinggi 13.5 km ke udara, kata VACC.
Sementara itu di SYDNEY, lebih banyak penerbangan Australia dibatalkan semalam disebabkan debu dari gunung berapi Chile, kali ini sebesar sebuah lapangan terbang bersaiz sederhana, ketika syarikat penerbangan berusaha menerbang keluar penumpang yang terkandas selama dua hari di Melbourne.

Syarikat penerbangan nasional Qantas dan syarikat penerbangan tambang murah Jetstar, berkata mereka merancang untuk menambah kapasiti ke Melbourne, bandar kedua terbesar Australia dan berharap menerbangkan semua penumpang semalam.

Lebih 60,000 penumpang terkandas akibat gangguan itu, yang muncul di tengah cuti hujung minggu tiga hari di Australia. Tidak jelas berapa ramai penumpang terkandas di Melbourne ketika penerbangan diteruskan di sana. – Agensi Berita Harian Online | Debu ancam ruang udara Eritrea

No comments: