Pages

Wednesday, May 25, 2011

Wanita Saudi ditangkap pandu kereta rayu ikat jamin

DAMMAM: Manal Masoud Al-Sharief, wanita Arab Saudi yang ditahan di Penjara Wanita di sini kerana memandu sebuah kereta di daerah Al-Khobar, semalam merayu dikenakan ikat jamin supaya dia boleh bebas.
Peguam Manal, Adnan Al-Salih berkata, permohonan itu dikemukakan semalam dan pihaknya masih menanti jawapan daripada pihak berkuasa.

Manal ditahan atas tuduhan ‘mengumpulkan sokongan orang ramai dan menghasut wanita’ supaya memandu kereta.
Adnan berkata, langkah awal menahannya untuk siasatan selama lima hari adalah peraturan undang-undang.

“Dia sudah disoal siasat pihak yang mula menahannya, Polis Trafik Al-Khobar. “Mereka kemudian membebaskannya tetapi Manal kini ditahan semula berhubung satu kes jenayah,” kata peguam itu.

Manal yang dilahirkan pada 1979 dan janda beranak satu dipercayai wanita Saudi pertama memperoleh pensijilan ISO 27701 di Amerika Syarikat sebagai juruaudit teknologi maklumat.
Arab Saudi adalah satu-satunya negara yang melarang wanita memandu kereta. - Agensi
myMetro | Wanita Saudi ditangkap pandu kereta rayu ikat jamin

No comments: