Pages

Wednesday, May 25, 2011

Hakim AS tidak benarkan imam Florida diikat jamin



MASJID Miami yang juga dikenali sebagai Masjid Flagler di Miami, Florida. - AFP


MIAMI 24 Mei - Seorang hakim mahkamah persekutuan enggan membenarkan ikat jamin untuk seorang imam tempatan dan seorang anak lelakinya, yang dituduh oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) memungut dan mengirim wang kepada aktivis Taliban di Pakistan.

Hakim Barry Garber semalam berkata, Hafiz Muhammed Sher Ali Khan, 76, akan terus ditahan sementara menunggu perbicaraan.

Garber mengeluarkan perintah serupa terhadap anak Sher Ali, Izhar Khan, 24, yang juga imam, kerana beliau menganggap kedua-duanya berisiko melarikan diri.

Kerajaan AS menuduh Sher Ali, empat ahli keluarganya dan seorang lagi menyalurkan wang dan memberi bantuan kepada Taliban, pergerakan yang disenaraikan oleh Washington sebagai sebuah pertubuhan pengganas asing.

Sher Ali yang merupakan imam di masjid Margate, masjid tertua di Miami, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan itu.

Kesemua suspek itu ditangkap dan didakwa 10 hari lalu, ketika ketegangan terus meningkat antara Washington dengan Islamabad berikutan serangan komando AS yang membunuh ketua al-Qaeda, Osama bin Laden di sebuah rumah persembunyian di Pakistan.

Taliban Pakistan yang menjalankan pemberontakan bersenjata menentang kerajaan di Islamabad juga menjalinkan hubungan dengan al-Qaeda dan Taliban di Afghanistan. - AFP

Utusan Malaysia Online - Luar Negara

No comments: