Pages

Friday, May 20, 2011

Obama syor sempadan Palestin, Israel


WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, buat kali pertama semalam berkata sempadan Israel dan negara Palestin di masa depan sepatutnya mengikut sempadan 1967 dan membabitkan pertukaran tanah.


“Sempadan Israel dan Palestin patut berasaskan garisan 1967 membabitkan pertukaran tanah yang dipersetujui bersama supaya sempadan yang kekal dan diiktiraf dapat diwujudkan bagi dua negara itu.
“Pengunduran penuh berperingkap tentera Israel sepatutnya diselaraskan mengikut tanggapan bahawa anggota keselamatan Palestin berdaulat akan bertanggungjawab di negara tanpa tentera,” kata Obama yang memberi ucapan dasar mengenai isu Asia Barat.
Obama menekankan Amerika juga perlu mengubah dasarnya dalam menghadapi dunia Arab atau berdepan dengan jurang semakin luas dengan rantau berkenaan.

Obama juga berkata: “Tempoh peralihan kepada pemerintahan sendiri mesti dipersetujui bersama dan keberkesanan pelaksanaan perjanjian keselamatan mesti dibuktikan.”

Beliau juga menekankan kepada Israel bahawa impian kaum Yahudi untuk mentadbir negara sendiri secara demokratik tidak boleh berasaskan penjajahan (ke atas bangsa lain) selama-lamanya.

Obama juga memberi amaran bahawa sebarang langkah untuk memulaukan Israel di pentas antarabangsa tidak akan berjaya. – AFP/Reuters
Berita Harian Online

No comments: