SH: "
BANGKOK - Empat orang disyaki militan terbunuh dalam pertempuran 10 minit dengan tentera dan polis di Yala di sini hari ini.
Timbalan Ketua Polis Yala Kol Peera Boonliang berkata, insiden berbalas tembakan itu berlaku setelah militan terbabit enggan menyerah diri selepas rumah mereka di daerah Tharn To, Yala, dikepung oleh tentera dan polis pada 6.30 pagi.
'Mereka yang mula melepaskan tembakan dan menghalakan peluru ke arah pasukan keselamatan. Kami kemudian membalasnya,' katanya.
Mangsa yang terbunuh dikenal pasti sebagai Arsae Hulu, 30, Masawbee Arsue, 28, dan Muhammad Orlee, 28. Identitii mangsa keempat masih belum diketahui.
Beliau berkata, pasukan keselamatan turut menemui dua laras raifal AK47, dua pucuk pistol .38 dan peluru di rumah itu.
Lebih 4,000 orang terbunuh sejak puak disyaki pemisah meneruskan kempen bersenjata mereka untuk menuntut kemerdekaan bagi tiga wilayah di selatan -- Narathiwat, Pattani dan Yala -- tujuh tahun lalu.
- Bernama"
No comments:
Post a Comment