Pages

Friday, May 20, 2011

AS gesa Bashar letak jawatan


DAMSYIK: Amerika Syarikat memberitahu Presiden Syria, Bashar al-Assad, supaya segera melaksanakan peralihan kuasa atau meletak jawatan, semalam.

Pada masa sama, Washington turut mengenakan sekatan ke atas Bashar, langkah yang segera dikecam akhbar Syria dan menganggapnya sebagai tekanan bagi Damsyik memutuskan hubungan dengan Iran, Hezbullah dan Hamas.

Selama dua bulan, kerajaan Syria berdepan gerakan prodemokrasi dengan bertindak tegas ke atas aktivis, termasuk menyebabkan kematian, penangkapan dan penderaan.
Wartawan al-Jazeera, Dorothy Parvaz, semalam mendakwa ketika ditahan di penjara Syria, dia terdengar jeritan tahanan diseksa. Dorothy baru saja dibebaskan kelmarin.

Dalam kenyataan mengenai sekatan itu, Washington menganggap Bashar hilang kelayakan memerintah Syria.

Tindakan sama pernah diambil Washington ke atas Muammar Gaddafi. - AFP
myMetro

No comments: