Pages

Sunday, April 10, 2011

Warga tua diselamatkan 1 bulan selepas tsunami

ENCIK KUNIO SHIGA: Sejak berlaku bencana tsunami pada 11 Mac lalu, beliau terdampar sendirian di rumahnya tanpa alat pemanas dan tidak dapat berjalan jauh. - Foto AP




Pihak berkuasa mengepam keluar air tercemar daripada loji nuklear Fukushima sampai hari ini
MINAMI SOMA (Jepun): Seorang lelaki berusia 75 tahun, Encik Kunio Shiga, yang terdampar sendirian di rumahnya tanpa alat pemanas dan tidak dapat berjalan jauh, diselamatkan oleh seorang wartawan dan dua jurugambar agensi berita The Associated Press (AP).Beliau, malah, tidak tahu apa yang berlaku pada isterinya.Rumah ladang Encik Shiga terletak di penghujung sebatang jalan raya berlumpur yang dipenuhi pokok-pokok tumbang dan sepahan bangkai haiwan ternakan akibat tsunami pada bulan lalu.Jiran-jiran beliau pula telah meninggalkan kawasan itu yang terletak dalam lingkungan 20 kilometer (km) dari loji nuklear Fukushima Dai- ichi. Di kawasan inilah semua penduduknya diarah keluar oleh pihak berkuasa kerana khuatirkan ancaman radiasi yang bocor dari loji berkenaan.Tidak ada pekerja penyelamat yang datang untuk menyelamatkan Encik Shiga, yang kehabisan bekalan makanannya.Apabila wartawan dan dua jurugambar AP itu tiba di rumah Encik Shiga kelmarin, peladang yang kelihatan ketakutan dan kebingungan itu berkata: 'Awaklah orang pertama yang bercakap dengan saya (sejak kejadian gempa bumi sekuat 9 pada skala Richter dan tsunami yang menyusulinya pada 11 Mac lalu).''Awak ada makanan?' tanya beliau. 'Saya sedia membayarnya,' tambahnya.Encik Shiga, dengan penuh rasa terima kasih, menerima sebotol air dan 15-20 bungkus snek pemberi tenaga yang diberikan oleh pertugas AP itu.Dengan kebenaran Encik Shiga, pihak AP memberitahu polis tempatan mengenai keadaan beliau, dan seorang pegawai polis yang bertanggungjawab bagi kes orang hilang kelmarin menghubungi agensi berita itu untuk mengatakan bahawa Encik Shiga telah diselamatkan dan dibawa ke sebuah pusat persinggahan.Kawasan tempat beliau tinggal di kejiranan Odaka kini sebuah bandar lengang.Kejadian gempa dan tsunami bulan lalu itu telah menyebabkan 28,000 orang mati atau hilang, dan memusnahkan kebanyakan kawasan di timur laut Jepun.Sementara itu, Jepun akan mengepam air radioaktif daripada loji nuklear Fukushima Dai-ichi ke laut hingga hari ini, sehari terlewat daripada yang dijadualkan sebelumnya, kata agensi keselamatan Jepun, semalam.Pengumuman itu dibuat sehari selepas China melahirkan kebimbangannya terhadap air tercemar yang dikeluarkan dari loji nuklear berkenaan, mencerminkan kekhuatiran antarabangsa berhubung dengan krisis nuklear di Jepun itu sejak sebulan yang lalu.'Kami akan berusaha mengeluarkan air... kami menjangka ia selesai esok (hari ini),' kata Encik Hidehiko Nishiyama, timbalan ketua pengarah Agensi Keselamatan Nuklear dan Industri (Nisa) Jepun, kepada wartawan semalam.Pengendali loji nuklear itu, Tokyo Electric Power Company (Tepco), sebelum itu berkata ia menjangka akan menghentikan pengepaman air tercemar itu ke laut semalam, tetapi kerja-kerjanya tergendala oleh satu gangguan kuasa Khamis lalu.Tepco sedang berhempas pulas untuk menangani krisis nuklear terburuk sejak peristiwa Chernobyl di Russia.Pengeluar reaktor nuklear, Toshiba Corp, mengusulkan satu rancangan 10 tahun untuk menghentikan aktiviti empat daripada enam reaktor yang rosak di loji berkenaan, kira-kira 240 km dari Tokyo, kata agensi berita Kyodo News. -- AP, Reuters.Cyberita Online Luar Negara

No comments: