KAHERAH: Kira-kira 2,000 orang terus menunjuk perasaan di Dataran Tahrir di sini semalam, tidak mempedulikan tindakan tentera untuk menyuraikan mereka.
Penunjuk perasaan berkenaan sebaliknya berikrar tidak akan berundur selagi bekas Presiden Hosni Mubarak tidak dibicarakan dan tuntutan lain mereka tidak dipenuhi.
Sebahagian penunjuk perasaan yang marah dengan langkah tentera menggunakan belantan untuk mengusir mereka malam kelmarin, bertindak melontar batu ke arah kenderaan askar. Dua trak tentera juga dibakar.
Ratusan ribu rakyat Mesir berkumpul di dataran berkenaan selepas solat Jumaat sebelum dikepung oleh tentera pada sebelah malam.
“Syukur kami berjaya melawan mereka hingga kami boleh terus berada di sini,” kata seorang penunjuk perasaan.
Dataran Tahrir menjadi pusat kebangkitan rakyat Mesir hingga membolehkan mereka menggulingkan Hosni pada 11 Februari lalu, selepas 30 tahun berkuasa. — ReutersmyMetroPenunjuk perasaan Mesir enggan undur
No comments:
Post a Comment