Langkah itu adalah satu kompromi yang tidak pernah berlaku sebelum ini untuk meluaskan kebebasan di negara yang dikawal ketat ini.
Namun tindakan itu turut didatangkan dengan peraturan baru yang memerlukan rakyat Syria mendapatkan permit untuk mengadakan demonstrasi.
Menurut aktivis, penunjuk perasaan yang ingkar bagaimanapun terus melancarkan protes dan menyebabkan tiga lagi ditembak mati di bandar Homs.
Protes turut diadakan di jalan-jalan di bandar Banias selepas pengumuman itu dibuat dan pemimpin pembangkang menegaskan mereka tidak akan berlembut selagi tuntutan lain belum dipenuhi, termasuk pembebasan ahli politik yang dipenjara, kebebasan bersuara dan sistem banyak parti diamalkan.
Awal hari ini, polis menahan tokoh pembangkang berhaluan kiri, Mahmoud Issa di kediamannya di Homs, sekali gus menunjukkan pemansuhan undang-undang darurat tidak menghentikan penindasan, menurut kumpulan hak asasi manusia.
Agensi berita kerajaan, SANAA melaporkan, Kabinet telah meluluskan draf undang-undang itu, tetapi ia masih perlu mendapatkan tandatangan Presiden Bashar al-Assad untuk menamatkan peraturan darurat di Syria.
Perintah darurat yang dikuatkuasakan di negara ini sejak Parti Baath melancarkan rampas kuasa pada 1936 membolehkan pasukan keselamatan menyekat penentangan melalui pengharaman berhimpun lebih daripada lima orang, penahanan tanpa soal dan menutup perbicaraan. - REUTERS
No comments:
Post a Comment