Anggota kanan Majlis Pentadbiran Misrata, Nuri Abdullah berkata, pihaknya meminta bantuan itu berdasarkan prinsip kemanusiaan.
“Sebelum ini kami enggan menerima bantuan tentera asing di negara kami. Tetapi itu sebelum Gaddafi menggunakan roket Grad dan pesawat. Kini, ketika berdepan dengan jenayah Gaddafi, kami memohon bantuan tentera itu berdasarkan prinsip kemanusiaan dan Islam bagi menghentikan pembunuhan,” katanya.
Dia membuat rayuan itu ketika pertempuran sengit meletus di tenggara Misrata.
Dalam pada itu, anak Gaddafi, Saif al-Islam, berkata, beliau yakin pemberontakan itu akan gagal.’ “Saya begitu yakin kami akan menang,” kata Saif ketika diwawancara stesen televisyen Allibya.
“Perubahan yang berlaku setiap hari memihak kepada kami,” katanya kepada sekumpulan 50 orang yang menghadiri siaran televisyen berkenaan. Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan lebih lanjut. - Reuters
No comments:
Post a Comment